Marilah sama-sama kita merenung sejenak.Kita buka minda dengan membaca serba sedikit sejarah Hari Valentine yang saya coretkan dibawah ini.
SEJARAH HARI VALENTINE:
Terdapat tiga pendapat tentang asal usul Hari Valentine.
Pendapa yang pertama mengaitkannya dengan pesta sambuta Rom kuno sebelum agama Kristian yang dinamakan Lupercalia.Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 Februari hingga 18 Februari.Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis yang menadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak.Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak.Nma gadis yang tertera di atas kertas tersebut akan menjadi pasangan atau objek hiburan seksnya selama setahun.Pada 15 Februari,mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala.Pda hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing.Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah lalu disapukan darah binatang tersebut ke badan mereka dan mencucinya pula dengan susu.Setelah itu akan diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang yang berada dilaluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana meraka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.
Pendapat yang kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama -:Pada masa pemerintahan Claudius II,kerajaan Rom yang menyembah dewi-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjarakan serta diseksa.St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan.Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan,beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut dikalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara.Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memrintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunh pada 14 Februari.Pengorbanan yang dilakukan oleh St.Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satupengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya.Malah, St. V alentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara,beliau telah jatuh cinta dengan salah seorang anak pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh,beliau dikata sempat menulis sepucuk surat kepada gadis tersebut yang bertandatangan (From your Valentine).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua-:Cladius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin.Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.Namun demikian,St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.
Aktiviti St.Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St.Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
Pendapat ketiga menyatakan sambutan hari Valentine dengan ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya jatuh pada 14 Februari.Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Disni kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Renungkan sejenak wahai remaja-remaja yang tertulis ISLAM pada kad pengenalan anda.Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri VALENTINE DAY!
No comments:
Post a Comment