Friday, February 4, 2011

Budak Sekolah Agama Ka???

Assalamualaikum wbh.
Saya dengan ini terasa hangat hati apabila mendengar soalan seperti yang tertera di tajuk utama diatas pada hari ini..Sudah lama ku pendam,namun akhirnya tercipta juga sebuah karya berkenaan soalan ini.Tidak!Saya bukan budak sekolah agama ataupun berasal daripada keluarga ustaz atau ustazah.Saya hanyalah insan biasa yang hidup berlandas hukum Allah,Insyaallah..
Saya tak bertudung labuh,tapi saya hanya berpakaian mengikut kehendak syariat.
Firman Allah swt di dalam surah An Nur ayat 31 yang bermaksud: 
Hendaklah mereka(perempuan)melabuhkan tudung hingga menutupi dada-dada mereka.


Itulah yang saya lakukan walaupun tidak bertudung labuh.
Apa yang dapat saya katakan,kemana saja saya pergi pasti soalan ini yang akan diajukan(ayat skema plak).
"budak sekolah agama ka??"...huh!Marilah kita semua membuka minda sikit..
Adakah Islam hanya untuk pelajar sekolah agama????Habis tu budak sekolah harian biasa tak perlu amalkan nilai-nilai Islam?Bukan niat untuk membangga diri kerana dikatakan budak sekolah agama ataupun cuba untuk  memperlekehkan budak sekolah agama tetapi...Apa yang cuba saya perjuangkan adalah kita semua beragama Islam.Islam untuk diamalkan oleh semua.
Apa yang baik itu perlu kita contohi.Tak ada beza budak sekolah agama ataupun budak sekolah biasa.
Kita sebagai hamba-Nya perlu berusaha untuk mendapatkan keberkatan daripada-Nya..
Sekianlah sahaja luahan hati yang telah lama terpendam.
wassalam  ^_^

No comments:

Post a Comment