"Tidaklah pernah kami melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini.Muhammad Al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan,melayarkan kapalnya dipuncak gunung dan bukannya di ombak lautan.Sesungguhnya Muhammad Al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"-Ahli Sejarah Byzantine
Mari kita imbas kembali sejarah hidup Conqueror of Constantinople ini.
Semasa zaman Kerajaan Umayyah,seorang sahabat besar Nabi S.A.W.,Abu Ayyub Al Ansari ra telah syahiddan dimakamkan dibawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri.Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab,"kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople".Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih,khalifah ke -7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,00 tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih?Apakah kehebatan Baginda sehingga disebut-sebut sebagai "sebaik-baik raja yang memiliki sebaik-baik tentera"?
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki-Bulgaria).Walau bagaimanapun,sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja"di dalam hadis tadi.Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun(1451-1481).Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan.Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana gout..Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidkan yang menyeluruh dan bersepadu.Di dalam bidang keagamaan,gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari ketirunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra.Di dalam ilmu peperangan pula,Baginda diajar tentang tektik peperangan,memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula,Baginda adalah seorang cendekiawan ulung do zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab,Latin,Greek,Serbia,Turki,Parsi dan Hebrew.Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula,ayahanda Baginda,Sultan Murad II,dengan tujuan mendidik,semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia,telah melantik Baginda yang berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah.Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda bersifat tawadhu' dan rendah diri.Semasa membina Benteng Rumeli Hissari,Baginda membuka baju dan serbannya,mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpkasa ikut sama bekerja.
Bginda seorang yang sentiasa tenang,pendiam,berani,sabar,tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan.Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincanag dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta,Baginda mengkaji pelan Kota Constantinople setiap malam bagi mengenal pasti titk kelemahannya.Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300kg sejauh 1 batu.Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah,lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.Ia dibina bertentangan dengan Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia,Serbia dan Hungaray untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semanagat jihad tenteranya.Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople,Baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah.Tentera Byzantine gentar melihat 150,00 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur,Baginda menghantar utusan kepada Rja Byzantine meminta beliau menyerah.Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung,Pada 19 April 1453,serangan dimulakan.Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari.Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya ,masih teguh.Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera.Tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut setelah menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera.Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyyah.Ini menaikkan semula semangat tentera.
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama.Keesokan paginya mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn.Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn.taktik ini diakui sebagai anta taktik peperangan (warfare strategy)yang terbaik di dunia oleh sejarawan Barat sendiri.Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.Kapal-kapal perang tentera Byzantine habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyyah.Pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah.Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar.Tentangan sengit pihak Byzantine menyebabkan ramai yang syahid.Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Islam.Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya."Wahai tenteraku,aku bersedia mati di jalan Allah.Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".
Mendengarkan itu,Hasan Ulubate,salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 orang tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ.M ereka kesemuanya gugur syahid setelah di hujani anak panah musuh.Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453,Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam.Baginda menukar namanya kepada Istanbul(Islam keseluruhan).Gereja Besar St Sophie ditukar kepada Masjid Aya Sofiya.Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah kedahinya lalu melakukan sujud syukur.Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al Fatih"yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan,timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam.Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,"siapa diantara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".Tiada seorang pun yang duduk,kerana tidak seorang pun di anatara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi,"Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi,"Siapa di antara kamu sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam sila duduk!".Klai ini semuanya duduk kecuali Sultan Muhammad Al Fatih sendiri.Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu,solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh.Inilah anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali.Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya itu.
Gereja yang telah ditukar menjadi Masjid Aya Sofiya
Sekianlah sahaja kisah Penakluk Constantinople ini.Seharusnya sebagai umat Islam kita patut mempunyai semangat seperti sultan ini serta tentera tenteranya.Adakah kita pernah meninggalkan solat fardhu?Pernahkah kita melakukan solat-solat sunat?
Tepuk dada tanyalah iman...Sekian..(^.^)
No comments:
Post a Comment