Tuesday, February 15, 2011

Get BuZy!

Assalamualaikum wbh.
Semakin dekat dengan final exam semakin busy pulak rasanya.Seems like someone is rushing now.Well,trying to increase my pointer agar meningkat dengan sekata.Let me share with you my schedule before final exam:

20 Feb 2011:psychology test2
                     submit assigment lawII
21-22 Feb 2011:BEL 313 forum
                          presentation library
22-23 Feb 2011:speaking test,listening test 
24 Feb 2011:into to law II test2
                     submit asssigment csc
28 Feb 2011:csc 134 test2
                                   
10-15 March 2011:final exam






Itulah serba sedikit my activies before final.Oh i forgot something.17FEB,tomorrow i'm going to court(poyo ja).hahaha..Kena dengar pertuduhan sebab tak hadir bengkel MUET.

Hari ini dalam sejarah.Saya kena tindakan tatatertib!

Monday, February 7, 2011

Hari Keruntuhan Akhlak Remaja Islam!Say NO TO VALENTINE DAY!!!!


Saban tahun pelbagai kempen yang telah dijalankan oleh sekumpulan kecil saudara-saudara kita yang prihatin akan hal ini untuk memupuk kesedaran umat Islam tentang peristiwa disebalik hari valentine ini.Namun semuanya hanyalah sekadar mencurahkan air ke daun keladi ditambah pula media massa yang telah mewara-warakan sambutan Hari Valentine ini seolah-olah seperti telah menjadi satu adat menyambut Hari Valentine ini disambut di negara kita.Apakah yang cuba diperjuangkan sebenarnya?Layakkah negara kita digelar negara Islam jika hal yang semacam ini pun di ambil enteng oleh segelintir masyarakat??
Marilah sama-sama kita merenung sejenak.Kita buka minda dengan membaca serba sedikit sejarah Hari Valentine yang saya coretkan dibawah ini.

SEJARAH HARI VALENTINE:


Terdapat tiga pendapat tentang asal usul Hari Valentine.
Pendapa yang pertama mengaitkannya dengan pesta sambuta Rom kuno sebelum agama Kristian yang dinamakan Lupercalia.Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 Februari hingga 18 Februari.Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis yang menadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak.Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak.Nma gadis yang tertera di atas kertas tersebut akan menjadi pasangan atau objek hiburan seksnya selama setahun.Pada 15 Februari,mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala.Pda hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing.Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah lalu disapukan darah binatang tersebut ke badan  mereka dan mencucinya pula dengan susu.Setelah itu akan diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang yang berada dilaluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana meraka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat yang kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi  pertama -:Pada masa pemerintahan Claudius II,kerajaan Rom yang menyembah dewi-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjarakan serta diseksa.St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan.Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan,beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut dikalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara.Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memrintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunh pada 14 Februari.Pengorbanan yang dilakukan oleh St.Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satupengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya.Malah, St. V alentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara,beliau telah jatuh cinta dengan salah seorang anak pegawai penjara dan  di akhir hayatnya sebelum dibunuh,beliau dikata sempat menulis sepucuk surat kepada gadis tersebut yang bertandatangan (From your Valentine).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua-:Cladius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin.Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.Namun demikian,St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.
Aktiviti St.Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St.Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Pendapat ketiga menyatakan sambutan hari Valentine dengan ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya jatuh pada 14 Februari.Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.


Disni kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Renungkan sejenak wahai remaja-remaja yang tertulis ISLAM pada kad pengenalan anda.Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri VALENTINE DAY!







Friday, February 4, 2011

Budak Sekolah Agama Ka???

Assalamualaikum wbh.
Saya dengan ini terasa hangat hati apabila mendengar soalan seperti yang tertera di tajuk utama diatas pada hari ini..Sudah lama ku pendam,namun akhirnya tercipta juga sebuah karya berkenaan soalan ini.Tidak!Saya bukan budak sekolah agama ataupun berasal daripada keluarga ustaz atau ustazah.Saya hanyalah insan biasa yang hidup berlandas hukum Allah,Insyaallah..
Saya tak bertudung labuh,tapi saya hanya berpakaian mengikut kehendak syariat.
Firman Allah swt di dalam surah An Nur ayat 31 yang bermaksud: 
Hendaklah mereka(perempuan)melabuhkan tudung hingga menutupi dada-dada mereka.


Itulah yang saya lakukan walaupun tidak bertudung labuh.
Apa yang dapat saya katakan,kemana saja saya pergi pasti soalan ini yang akan diajukan(ayat skema plak).
"budak sekolah agama ka??"...huh!Marilah kita semua membuka minda sikit..
Adakah Islam hanya untuk pelajar sekolah agama????Habis tu budak sekolah harian biasa tak perlu amalkan nilai-nilai Islam?Bukan niat untuk membangga diri kerana dikatakan budak sekolah agama ataupun cuba untuk  memperlekehkan budak sekolah agama tetapi...Apa yang cuba saya perjuangkan adalah kita semua beragama Islam.Islam untuk diamalkan oleh semua.
Apa yang baik itu perlu kita contohi.Tak ada beza budak sekolah agama ataupun budak sekolah biasa.
Kita sebagai hamba-Nya perlu berusaha untuk mendapatkan keberkatan daripada-Nya..
Sekianlah sahaja luahan hati yang telah lama terpendam.
wassalam  ^_^

Thursday, February 3, 2011

Dia Lelaki Hebat!

Sabda Rasulullah s.a.w ketika menggali parit Khandaq:"Konstantinople(Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam.Rajanya adalah sebaik-baik raja,tenteranya adalah sebaik-baik tentera..."(Hadis riwayat Imam Ahmad)


"Tidaklah pernah kami melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini.Muhammad  Al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan,melayarkan kapalnya dipuncak gunung dan bukannya di ombak lautan.Sesungguhnya Muhammad Al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"-Ahli Sejarah Byzantine


                         
Mari kita imbas kembali sejarah hidup Conqueror of Constantinople ini.
Semasa zaman Kerajaan Umayyah,seorang sahabat besar Nabi S.A.W.,Abu Ayyub Al Ansari ra telah syahiddan dimakamkan dibawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri.Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab,"kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople".Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar  Nabi saw.
Hadis Nabi ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih,khalifah ke -7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,00 tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih?Apakah kehebatan Baginda sehingga disebut-sebut sebagai "sebaik-baik raja yang memiliki sebaik-baik tentera"?

PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki-Bulgaria).Walau bagaimanapun,sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja"di dalam hadis tadi.Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun(1451-1481).Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan.Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana gout..Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidkan yang menyeluruh dan bersepadu.Di dalam bidang keagamaan,gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari ketirunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra.Di dalam ilmu peperangan pula,Baginda diajar tentang tektik peperangan,memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula,Baginda adalah seorang cendekiawan ulung do zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab,Latin,Greek,Serbia,Turki,Parsi dan Hebrew.Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula,ayahanda Baginda,Sultan Murad II,dengan tujuan mendidik,semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia,telah melantik Baginda yang berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah.Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN
Baginda bersifat tawadhu' dan rendah diri.Semasa membina Benteng Rumeli Hissari,Baginda membuka baju dan serbannya,mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpkasa ikut sama bekerja.
Bginda seorang yang sentiasa tenang,pendiam,berani,sabar,tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan.Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincanag dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta,Baginda mengkaji pelan Kota Constantinople setiap malam bagi mengenal pasti titk kelemahannya.Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300kg sejauh 1 batu.Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah,lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.Ia dibina bertentangan dengan Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia,Serbia dan Hungaray untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semanagat jihad tenteranya.Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople,Baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah.Tentera Byzantine gentar melihat 150,00 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur,Baginda menghantar utusan kepada Rja Byzantine meminta beliau menyerah.Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung,Pada 19 April 1453,serangan dimulakan.Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari.Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya ,masih teguh.


Menara Bergerak
 Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera.Tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut setelah menembusi dinding tengah kubu mereka. 


Bantuan Dari Pope Vatican 
Pope di Rome menghantar bantuan 5 armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera.Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyyah.Ini menaikkan semula semangat tentera.  


Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung 
Kegembiraan mereka tidak lama.Keesokan paginya mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn.Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn.taktik ini diakui sebagai anta taktik peperangan (warfare strategy)yang terbaik di dunia oleh sejarawan Barat sendiri.Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.Kapal-kapal perang tentera Byzantine habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyyah.Pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah.Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.


Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar.Tentangan sengit pihak Byzantine menyebabkan ramai yang syahid.Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.


 Karisma Seorang Pemimpin 






Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Islam.Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya."Wahai tenteraku,aku bersedia mati di jalan Allah.Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".


Mendengarkan itu,Hasan Ulubate,salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 orang tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ.M ereka kesemuanya gugur syahid setelah di hujani anak panah musuh.Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar. 


Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453,Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam.Baginda menukar namanya kepada Istanbul(Islam keseluruhan).Gereja Besar St Sophie ditukar kepada Masjid Aya Sofiya.Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah kedahinya lalu melakukan sujud syukur.Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al Fatih"yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. 


SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan,timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam.Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,"siapa diantara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".Tiada seorang pun yang duduk,kerana tidak seorang pun di anatara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.


Baginda bertanya lagi,"Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi,"Siapa di antara kamu sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam sila duduk!".Klai ini semuanya duduk kecuali Sultan Muhammad Al Fatih sendiri.Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu,solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh.Inilah anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali.Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya itu.




                                           Gereja yang telah ditukar menjadi Masjid Aya Sofiya

Sekianlah sahaja kisah Penakluk Constantinople ini.Seharusnya sebagai umat Islam kita patut mempunyai semangat seperti sultan ini serta tentera tenteranya.Adakah kita pernah meninggalkan solat fardhu?Pernahkah kita melakukan solat-solat sunat?
Tepuk dada tanyalah iman...Sekian..(^.^)



                                                  






Tuesday, February 1, 2011

Kenapa MuSaFiR RaWaN??

Musafir sepertimana yang kita tahu adalah orang yang berkelana atau mengembara ke suatu tempat.
Rawan pula adalah suatu perasan tidak tenteram dalam diri seseorang..Jadi apabila musafir dan rawan ini bergabung maka terciptalah sebuah episod cerita hati daku di UiTM Merbok ini.Pelbagai onak dan liku yang terpaksa ditempuhi sepanjang berada di sini.Almaklum la berseorangan tanpa sesiapa yang mengenali diri ini.Tambahan pula,musafir rawan ni adalah tajuk lagu Fitri Haris exunic.Meh nak story sikit pasal lagu ni.Sangat best liriknya.Betul-betul kena dengan diriku.

Izinkanlah untuk aku duduk bersinggah
Dan menghirup sisa malam tanpa cahaya
Barangkali ini bukan tempat terakhir
Aku harus terbang pergi dalam derita..

(c)Di saat ini ketika ini
Mana temanku dulu memayungku
Hati bersedih sekelip mata
Hilang semuanya sebatang kara

Baru kini aku sedar letak diriku
Musafir lara berkelana dalam ujian
Aku musafir
Di bumi cinta
Yang sedang luka bergelora
Tanpa perlindungan di lambung badai
Di pukul resah entah kemana

Aku ini bukan malang bukan terbuang
Sebenarnya aku dalam persimpangan jalan hidupku
Ku berdoa pengakhiran hidup biar tenteram
Walau telah jenuh
Aku lewati onak ranjau lembah bara
Datang dan pergi terjatuh, tersadung lalu bangkit semula
mencariNya

Kepadamu
Padamu jua 
Aku berserah
Oh..Tuhanku



Inilah liriknya.Maka daku pun letak la musafir rawan.ItuLah kisahnya.

LaMa SuDaH

Asaalamualaikum dan salam satu UiTM.
Lama sudah tidak melaporkan apa-apa di blog yang tak se h0t mana ni.Almaklum la sekarang ni dah mid sem so,sangat-sangat la busy dengan assigment,test and lain2 perkara yg berkaitan.Huhuhu~
Memang sengaja mem busy kan diri ini..By the way,sekarang ni tengah berusaha untuk menaikkan lagi pointer agar 4 flat jika diizinkan-Nya Insyaallah!Alhamdulillah test psychocolgy hari tu p0n dapat ok,tak fail taw!Penting tu..Baru ada semangat sikit nak study dengan lebih tekun.Harap-harap la sem ni I dapat result yang meletup!
Huh bila la lecturer MTC037 ku yang ku sayangi nie nak bagi mark test hari tue..Berdebar2.Kalo tak dapat 20 keatas aku dah buat perjanjian dengan roomate nak terjun longkang depan bilik kami nie..Scary!!!!!