Wednesday, December 15, 2010

Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.
Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie
Assalamualaikum dan salam 1 hari khamis,
Langkah tercipta..,untuk menuju ke sesuatu tempat kita perlu mencipta langkah.Yah nampaknya itulah mesej yang ingin disampaikan didalam lirik ini..Begitulah ditamsilkan sebagai seorang pelajar yang ingin memulakan langkah baru selepas gagal.Kerana KEJAYAAN BUKAN TERLETAK PADA TIDAK PERNAH JATUH,TETAPI KESANGGUPAN UNTUK TEGAK KEMBALI SETIAP KALI JATUH.Dan sekarang aku bersedia untuk mencipta langkah buat kali ke2.Lagu nie sentiasa bersama aku setiap kali aku mula study..HEHE!Bak kata orang pembakar semangat gitu.Hah,cakap pasal pembakar semangat,bukan saja lagu nie malah kawan aku yg POYO perasan bgus tu pon pembakar semangat aku jugak..Ye la kan,aku ngah sakit hati ngan dia nie.Sampai hati cakap aku macam tu,hah sekarang nie meh aku tunjuk belang.Dah la dia dapat second intake kat u aku..Ceh ini mendatangkan marah..Memang aku nak baget bagus la kat dia.Before that aku kna pastikan mark untuk test aku excellent.Bukan apa,supaya senang nak baget bagus.Tapi ni bukan baget bagus yang negatif okei,ni yang positif.Insyaallah mendapat keberkatan.Just nak prove kat dia yang org sombong dan bongkah lagi perasan tidak disukai Allah..Am I right????
Last but not least,heheh!jangan lupa mencipta langkah..Walaupun kita nie black sheep in the class but jangan putus asa bcoz kita still boley buat2 bijak dengan berkawan dengan orang bijak..okei..
Wassalam.....

No comments:

Post a Comment