Selamat pagi buat semua rakyat pematang bamboo tak kira dimana jua anda berada..Ya hari ini kita akan berkongsi lagi satu cerita menaraik iaitu KESILAPANKU KEEGOANMU.Tapi kisah ini ada kaitan dengan yang hidup saja bukan yang telah meninggal dunia..
Waktu begini diusik kenangan silam yang bertandang
Lalu ku biarkan ia menabahkan hati ini...
Kekasihku cukup engkau buatku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau kepadaku seperti dahalu...
Inilah dia...waktu-waktu macamni la hati diusik kenangan silam.Tapi bukan kenangan dengan kekasih hati okey..
I don't have a boyfriend! Tak main la boya-boya ni..Semak ja.Ini adalah kenangan bersama kami.Ya la malam tu dapat call from my classmate satu sekolah.So that la saya dengan ini telah menitiskan air mata kerana teramatlah merindui beliau serta rakan-rakan yang lain.Di samping itu juga kami telah bermuhasabah diri mengenangkan kesilapan dan keegoan masing-masing semasa di sekolah dulu..Aiceh..Suka skema tau.Dulu kat sekolah orang panggil i skema.So what????Suka suki la orang nak skema ke tak.Kubur lain-lain.
Jadi malam tu luka lama berdarah kembali.Teringat ada hati yang pernah terguris,ada jiwa yang pernah merana,ada kata yang bisa membunuh..(mengapakah daku mengeluarkan statement ini)
Apa yang ingin diperjuangkan adalah saya sangat merindui semua kenangan bersama mereka,sangat menyesali segala kesilapan dan keegoan diri dalam sedar atau tidak..
Oleh itu sedarlah wahai sahabat-sahabat sekalian bahawa janganlah kita terlalu ego untuk mengakui kesilapan dan sama-sama lah kita berkerjasama untuk membentuk sebuah perhubungan persahabatan yang kukuh dan insyaallah kekal hingga ke syurga.
No comments:
Post a Comment