
Marilah sama-sama kita merenung sejenak.Kita buka minda dengan membaca serba sedikit sejarah Hari Valentine yang saya coretkan dibawah ini.
SEJARAH HARI VALENTINE:
Terdapat tiga pendapat tentang asal usul Hari Valentine.

Pendapat yang kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama -:Pada masa pemerintahan Claudius II,kerajaan Rom yang menyembah dewi-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjarakan serta diseksa.St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan.Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan,beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut dikalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara.Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memrintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunh pada 14 Februari.Pengorbanan yang dilakukan oleh St.Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satupengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya.Malah, St. V alentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara,beliau telah jatuh cinta dengan salah seorang anak pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh,beliau dikata sempat menulis sepucuk surat kepada gadis tersebut yang bertandatangan (From your Valentine).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua-:Cladius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin.Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.Namun demikian,St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.
Aktiviti St.Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St.Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
Pendapat ketiga menyatakan sambutan hari Valentine dengan ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya jatuh pada 14 Februari.Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Renungkan sejenak wahai remaja-remaja yang tertulis ISLAM pada kad pengenalan anda.Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri VALENTINE DAY!
No comments:
Post a Comment